Friday, May 13, 2011

Twenty eight

Ok, entri kali ini dalam bahasa melayu walaupun bahasa ibunda saya ni takla sehebat mana samada dari segi pertuturan mahupun penulisan. Susah juga menulis dalam bahasa baku ya? Giler skema. Anyway, I’m still going to use Malay, with a mix of English, dalam ertikata lain, bahasa rojak. Kalau tak tahu penggunaan ayat dalam b.melayu, saya guna b.inggeris, and vice versa. Sesiapa yang ada masalah dengan cara saya ini, sila berhenti membaca.

So.. it has been a month since the last I updated the blog now full of rat nests. Eh lupa, patutnya tulis dalam malay. Takpe la, any which is fine by you kan? :D

Saya dah mula mengajar budak-budak di pusat tuisyen yang namanya pun saya tak tahu. I don’t think that it has a name. Kelas: Science, English. No, I have no objections having to teach these subjects. Lingkungan umur pelajar-pelajar: 7,8,9,11,12 tahun. Darjah 4 tak tahu la hilang ke mana. English for Standard 1,2 and 5. Science for Standard 3 and 6. Mula2 I thought “Ah, kacang je ni. Ajar budak2 kecik apa susah? Nak goreng pun senang”. Boy was I wrong. Apa ye dalam Bahasa Melayu? Budak lelaki saya salah. Ha. Rosak bahasa wei tsk3. Sambung balik. Macam2 perangai ada; kaki kutuk, kaki bising, kaki mengumpat, kaki mencarut, dan segala macam kaki ada. Yang lain tu takpe lagi, tapi kalau dah sampai tahap menjerit2 macam anak kecil yang suka mengamuk sebab tak dapat apa yang dia nak, sape boleh tahan ey? Tapi disebabkan saya ni ada jugak coolnya, dengan nada yang sedikit seperti memberi amaran, “Jangan sampai cikgu marah. Sape naik suara, cikgu bagi lebih keje”. Only to receive a reply, “Yay keje banyak! Cikgu lagi banyak lagi best cikgu! Tambah lagi tambah lagi!” (muka pun berseri2 dengan senyum lebar naik sampai ke telinga). Hampeh, nak menguji saya la tu. Tak boleh jadi ni. Guna apa cara sekalipun, ada je yang budak2 ni nak jawab. Banyak cekadak. Silap haribulan lebam gak seko2 kena cubit ngan cikgu yang tahap kesabarannya tak setinggi mana. Sorry bukan seko, seorang. Tengah marah sikit fikir pasai kedegilan mereka tu. Hah takpe la, just deal with them, later you’ll get used to it. Layankan je la karenah mereka tu.

So far, the only class that I really like is Standard 3. Suruh buat apa ja, semua ikut tanpa sebarang bantahan. Barula dikatakan student mithali. Macam ni baru la tak pening kepala gua. Eh jap, ada sorang je dalam kelas tu yang tak tau la apa tak kena dengan dia. Keje tak nak buat, suruh duduk diam kalau taknak siapkan keje pun, ada je hal dia. Main pusing keliling kelas, conteng2 whiteboard, buli rakan sekelas, main henpon cikgunya. Kalau siap keje takpe gak. Ni yang buat pun semua main hentam. Baca soalan pun dak, geram tak geram? Nasib baik comel, kalau tak, lama dah kena sekeh. Haih dugaan dugaan.

Darjah 1 & 2 lak. Tottemo kawaii desu! Nasib baik saya tahan la gak the desire to cubit2 pipi diorang. Orang takde adik kecik la katakan. Satu je masalah nak ajar darjah 1&2 ni. I honestly don’t know how to teach English to people who don’t understand the language at all! Bila explain, macam mana nak bina satu ayat, apa tu singular, apa tu plural, what usually comes after a noun, itu ini, dengan panjang lebar saya cuba nak explain tanpa menggunakan ayat2 yang ekstrem bahasanya. Suara sikit punya control tak nak bagi bunyi nak marah, so that budak tu tak nangis (sebenarnya tak sampai hati gak sebab muka innocent sangat). Sekali pandang muka diorang, macam tahan nak nangis je. Tak paham la tu. Haihh. Guwa suda siap tulis kat whiteboard lagi, still tak paham. WAAAAAAAAAAAAAARGHHH! Tension sih tension you know. Datang pulak sorang budak pegi padam sume yang saya tulis pastu dengan senyum bangganya cakap “Cikgu, papan ni dah bersih saya padam.” Adoi lah! Sape suruh pun! Well the good thing about them is, they always do their work. That I don’t have to worry about.

Darjah 5 pulak. Adeh. Bising dia punya la dahsyat. But then, Darjah 6 is worse. Semua nak cakap at the same time. Cikgu cikgu cikgu blablablabla. The only word I could get from them is cikgu. Nak kena suruh diam dulu, and cakap sorang2 baru la dapat dengar. Tapi kejap lepas tu jadi lagi and the cycle goes on and on. Saya perlu lebih tegas lepas ni! No more games, no more playing in class. You listen to me and I wont make your life misreable! Boleh tak cakap macam tu? Huahaha. Though I think there’s a possibility I could get attached to these kids, however annoying they can be. Sorang budak siap bisik kat saya, “Cikgu, saya ada masalah nak cerita kat cikgu. Nak jumpa cikgu bila cikgu free tau.” Hahaha apa la masalah budak umur 10 tahun ni.

Ohhh satu part yang paling saya tak tahan nak gelak, ada dua orang budak lelaki from another class, they asked me, “Sape ni?” Dengan dahi yang berkerut2 tanda curious kot. When one of my students replied, “Ni cikgu la!”, they both stared at me with wide eyes and said, “Ha??? Ingatkan darjah 6 tadi!” Muahahhahahahhaha! Terasa sangat muda kejap tadi. Dalam hati memang dah berdahak2 guwa ketawa, sampai tergolek2 atas lantai hati. Ok la kalau sambung nanti panjang lebar lak. Stop di sini je la dulu.